Wednesday, March 1, 2017

Trip to Padang - Bukittinggi Indonesia: Part 2

Posted by FadhDeela at 6:16 PM
Reactions: 

Salam Semua..


Day 2 nie kitaorg byk pergi melawat.. Tempat2 yang kitaorg pergi melawat seperti:

1. Kilang Sulaman Hjh Rosma
2. Tabek Patah Kilang Kopi and Pisang Sale
3. Lunch -  Pondok Flora
4. Istana Basa Pagaruyung 

Kitaorg gerak pepagi lagi dari hotel. Lepas breakfast jer terus tunggu Pak Supir kat lobby. Hari nie byk pergi melawat. Tempat pertama skali kami pergi ialah Kilang Sulaman Hjh Rosma.

❤Kilang Sulaman Hjh Rosma
Rumah Sulaman Hajjah Rosma terletak di jalan Bukittinggi ke arah Payakumbuh lebih kurang 10 km dari Kota Bukittinggi. Hajjah Rosma terkenal sebagai perintis sulaman dan embroidery dari daerahnya. Motif-motif embroidery Hajjah Rosma adalah ciptaannya yang kebanyakkannya bermotif flora.
Sudah berumur 88 tahun, factor usia tidak menghalang Hajjah Rosma untuk terus bekerja melatih remaja wanita yang berhasrat untuk menjadi mahir dalam menjahit dan sulaman. Hajjah Rosma tidak sedikit pun menunjukkan sebarang tanda untuk bersara. Sehingga sekarang jika ada yang berminat pasti akan dia berkongsi ilmu.

Pada usia 9 tahun Hajjah Rosma tinggal bersama keluarga di Bangkinang. Dia berjiran dengan seorang penjahit berbangsa cina yang dipanggil Taci. Rosma yang begitu tertarik dengan kemahiran anak Taci menjahit telah menyimpan sedikit demi sedikit duit jajan untuk membeli selembar kain untuk belajar menjahit.

Tetapi Rosma telah meminta supaya Taci untuk tidak memberitahu ayahnya kerana pada waktu itu di kampungnya jika seorang anak perempuan mula belajar menjahit bererti dia ingin dikahwinkan. Tapi Taci tetap juga memberitahu ayah Rosma yang secara tiba-tiba muncul ketika dia sedang menjahit. Langsung Rosma berlari pulang dan berkurung di dalam bilik.
Rosma yang ketakutan bakal dikahwinkan itu menjelaskan kepada ayahnya sebab dia belajar menjahit kerana dia sangat berminat dan bukan mahu berkahwin. Ayahnya terus gelak mengatakan tak kan lah dia nak kahwinkan anak perempuan dia yang masih ingusan. Malah dia sebenarnya berasa sangat bangga dan beri dorongan dan sokongan.
Hajjah Rosma mula menjual hasil kerja jahitan dan sulaman ketika beliau bertugas sebagai seorang guru. Ketika itu dengan 3 orang anak yang masih kecil dan suami yang menggangur (yang hilang pekerjaan kerana pemuda-pemuda yang ikut berjuang masuk hutan mempertahankan pemerintahan daerah dianggap pemberontak), mereka sedang sangat memerlukan wang. Keadaan begitu teruk sehingga bukan sekadar tidak dapat membeli makanan dan pakaian baru untuk menyambut kedatangan hari raya, malah hendak berbuka pun tidak ada makanan.
Dalam waktu sesak itu, Hajjah Rosma teringat yang dia ada 7 helai alas meja bersulaman yang dibuatnya dulu. 2 darinya kelihatan cantik maka segera dibawanya ke pasar untuk digadaikan. Tapi bila di pasar penjual mengatakan yang sulaman Hajjah tidak digadai malah telah terjual. Hajjah Rosma sungguh tidak sangka kerana ada orang yang hendak membeli hasil kerja jahitnya. The rest as they say is history. Dari situ sulaman dan jahitan Hajjah Rosma jadi terkenal bukan saja di Indonesia tapi juga hingga ke Malaysia, Singapura dan Brunei
Hajjah Rosma berasa gembira kerana ada juga usaha pihak pemerintah menerap kemahiran menjahit dan sulaman ke dalam diri remaja wanita mereka. Contohnya, pemerintah daerah Bangkinang Riau telah meminta beliau untuk mengajarkan anak-anak remaja dari daerah itu untuk belajar di Bonjo Panampuang, kab. Agam Sumatera Barat. Katanya, kerjasama itu sudah berlangsung beberapa tahun. Kemahiran biasanya tercapai antara 6 hingga 8 bulan. Hajjah Rosma juga sering menerima murid-murid dari SMK Pekanbaru dan Padang melakukan Praktek Kerja Lapangan (PKL) di rumah jahitnya.
Menarik kisah beliau, kalau nak tahu lebih lanjut leh baca kat sini Kisah Hjh Rosma

Power budak2 nie menjahit! Hasilnya halus pastu memang perlu kesabaran. Kalau aku laa sure dah jahanam! haha

Mak dia start shopping dah! Haih la mak.. kata xnak shopping..

❤Kilang Kopi and Pisang Sale Tabek Patah  (Salai tau bkn sales) hahaha

Destinasi ke dua kami pergi Tabek Patah Kilang Kopi dan Pisang Sale. Dia ada 2 bangunan, 1 kilang buat kopi 1 lagi tempat jual2 kopi
Diaorg proses kopi

Ni la kopi yang dah siap di proses halus jer kopi dia. Pembungkusan semua diaorg buat manually. Kemudian kita pergi terjah dapur membuat pisang sale pulak.
Manual wei diaorg proses pisang sale nie.. Tekun!

Taadaaaaa.. Siap!
Special utk aku! aku request nak pisang sale yg tak di goreng.. hihi

Di bahagian belakang ada Warung kopi Kiniko, tempat lepak2 minum minum kopi dan pisang sale free. Jangan lepaskan peluang weii.. Dah la free pastu fresh air pulak.. berlatarbelakangkan alam semulajadi yang menghijau sambil minum kopi panas2 dan makan pisang goreng ada pisang sale ada. 
Selain kopi Kiniko, dia ada juga sediakan kopi kesihatan tapi rasa nya..Tak Sedap! nama pun ubatkan..* ayat mak aku* Mak aku jer la yg leh telan teh ubat tu.. haha kitaorg minum kopi sedap aje.

Minuman teh kawa ni lebih sedap kalau dituang dalam tempurung dan kacau dengan batang cinnamon yang disediakan.. Dah siap minum kita shopping pisang sale dgn kopi pulak..


❤Rumah Makan Pondok Flora.
Settled semua kami pergi mkn tengah hari di Rumah Makan Pondok Flora. Lokasi restoran ni menarik perhatian kerana terletak di tepi sawah padi dan terapung di dalam kolam ikan. 
Menu utama di sini harus lah nasi padang dan ikan bakar. Bila dah duduk di meja, memang staf dia terus hidangkan lauk2 padang. Dari hujung ke hujung meja. Banyak bebenor. Di sebabkan ramai yang cakap ikan bakar kat sini sedap, kami amek 2 ekor ikan. 
Harga kat sini biasa saja. Tak mahal dan tak murah. Restoran ni ada tarikan yang tersendiri. Ada beberapa ekor burung hantu yang cantek2 di ruang2 santai.Pengunjung bole bergambar dengan burung2 tersebut. Selain burung hantu, ada juga Monyet. Jinak monyet ni. Pandai posing pulak tu. Pantang nampak camera, dia dah siap berposing. Mengalahkan manusia gayanya..
Aku leka tengok ikan2 yg besar2 kat situ.. Kat sini juga kau boleh bagi makan ikan. makanan yg lebih kau leh campak ke ikan tu.. berebut2 diaorg mkn! semua tulang2 ikan aku campak.. seronok!!


Bawang putih panggil Mak Kaloi.. hahahahaha
Punya la kerek kau kan!!

Lepas dah kenyang aku pun saje jenjalan kat kawasan situ. Cantik sgt aku tengok sawah padi dia. Sementara tunggu ayah pergi buang hajat aku pun tak lepaskan pelung.. Tak pernah merasa pergi sawah.. huhu

Istano Basa Pagaruyung 

Next station, Istana Pagaruyung pula. 
Struktur bangunan dia sangat cantik! Minangkabau.. 

Meh baca sikit asal usul nya:

Istana Pagaruyung ini juga disebut Istana Basa Pagaruyung yang bererti istana besar. Memiliki bentuk seperti rumah gadang tetapi, jenis dari bangunan rumah gadang yang ini, merupakan bentuk khusus yang memang di bangun hanya untuk istana atau kerajaan. Jenis dari rumah gadang ini iaitu Alang Babega. Jenis dari rumah gadang ini, sama dengan Istana Silinduang Bulan yang merupakan kembarannya.
Bangunan ini sebenarnya replika dari Istana Raja Alam Minangkabau yang dulunya berada di Puncak Bukit Batu Patah yang berada di belakang bangunan Istana Pagaruyung yang sekarang. Pembinaan semula ini dilakukan kerana pada tahun 1804, Istana Raja Alam tersebut di bakar oleh Belanda.
Kemudian, pada tahun 2007, Istana Pagaruyung juga pernah terbakar, kerana disambar oleh petir. Namun, untuk mempertahankan budaya dan sebuah icon penting pada suku Minangkabau, akhirnya Istana Pagaruyung ini di bangunkan kembali.

Struktur bangunan yang di miliki oleh Istana Pagaruyung ini mempunyai 3 tingkat. Selain itu juga di lengkapi oleh 72 buah tiang, dana 11 buah gonjong (bentuk bumbung bertanduk rumah minang) yang juga menjadi ciri khas utamanya.
Bangunan ini terdiri dari unsur utama serta unsur penunjang. Untuk unsur utama, terdiri dari batu tapakan yang ada di bawah jenjang untuk masuk ke dalam istana. Fungsinya untuk membasuh kaki, dilengkapi dengan guci air dan gayungnya. Yang kedua adalah singgasana yang menjadi tempat duduk bundo kanduang.
Letaknya sejajar dengan pintu masuk. Yang ketiga adalah bilik, yang di huni oleh putri-putri raja yang sudah menikah. Letaknya berjajar dari kanan ke kiri tergantung urutan putri-putri tersebut. Ruang lainnya adalah jalan menuju dapur, yang di sebut dengan selasar.

Selanjutnya yang keempat, ada pula dua anjuang, yaitu anjuang rajo babandiang dan anjuang perak. Ketiganya memiliki 3 tingkatan(langgam) dimana tiap langgap berbeza fungsi, namun keduanya memiliki fungsi sama.
Tetapi untuk anjuang rajo babandiang digunakkan oleh raja sedangkan anjuang perak digunakan oleh ibu suri. Kemudian unsur ke lima hingga ke sebelas adalah bandua tangah, bandua tapi, tango, anjuang paranginan, mahligai, tanjuang mamutuih, dan terakhir pincuran tujuh.
Sedangkan unsur penunjang Istana Pagaruyung, terdiri dari 5 tempat. Pertama adalah dapur yang terbahagi kepada 2 ruangan, untuk memasak dan peralatan memasak, kemudian ruang kedua untuk para dayang.
Tempat yang kedua adalah Surau untuk kegiatan keagamaan, ketiga rangkiang patah Sembilan yang digunakkan sebagai tempat penyimpanan padi. Kemudian yang keempat adalah tabuah larangan yang juga memiliki 2 jenis, pertama untuk mengabarkan bencana dan yang kedua adalah untuk memanggil dewan empat menteri serta tigo selo untuk mengadakan rapat, lalu tempat yang terakhir adalah taman dimana anda pasti sudah memahami fungsi taman ini

 

 Kawasan belakang Istana.

Korang kena pergi sampai belakang, boleh tengok sturuktur dapur dia pastu ada sorang kakak nie jual minyak angin - Minyak Kayu Masoi. Minyak angin dia sgt best! Sapu kat perut boleh lawan kentut.. haha




Mak aku siap request tolong urut kan sikit. Disebabkan tiada org dia pun ok. Semua sekali la kena urut. Best nya!! Kentut sendawa semua keluar..


Bukan main syok lagi orang tu!!

 Trip to Padang - Bukittinggi Indonesia: Part 3 - Nanti kita sambung ya!

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review